Tuesday, October 25, 2011

lupa satu kuliah..

macamana bleh tak ingat janji nak datang.
minggu ni baca adab qoda hajat sampai habis.. minggu depan tak ada kuliah. dua minggu lagi masuk bab adab wudhuk

Tuesday, October 11, 2011

JANJI BERSEMI JUA AKHIRNYA

Ptg tadi tertinggal telefon di rumah kerana keluar agak bergegas untuk mengejar dua bank untuk GIA. alhamdulillah kedua-duanya boleh dikatan 95% selesai.

Sesampai di rumah, ti memberitahu yang abe man posmen kl telefon untuk kuliah malam ni. terlewat juga sampai kl kerana bertolak dari rumah pukul 7 pm. maghrib 7.03. jadi tertinggal satu rekaat.

Kuliah malam ni dimuqaddimahkan dengan ayat allazina yazkurunallah..ulilalbab dan hadis Alkayyisu. kemudian sambung dengan bacaan kitab hidayah bab dua taat zahir sentuh bangun tidur dan pakai pakaian..

baca tajuk minggu depan adab buang air dan adab masuk tandas. malam ni paksudin siak kl dan abe man posmen belanja roti bakar dan tea o ben di kedai tepi masjid kl. 9.40 sampai rumah. rupa-rupanya kuliah malam ni untuk ikat agar ana berkuliah 3 minggu sebulan di masjid kl. Alhamdulillah.